Cara Buat Whatsapp Group Invitation Link

Shares

Salam Sejahtera, Saya nak tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh membuat pautan link untuk menyertai Kumpulan WhatsApp anda secara direct dan anda boleh paste sahaja link ke laman sosial anda seperti facebook.

Dengan ini, sesiapa sahaja boleh terus join tanpa anda perlu add member group whatsapp anda satu per satu.

Mungkin anda pernah terlihat di laman sosial ramai yang menggunakan trick ini untuk memudahkan sesiapa sahaja yang ingin join group whatsapp tanpa perlu save number..

Kelebihan Membina Group Whatsapp Link

  • Semua orang boleh join tanpa perlu sebarang password atau permission dari admin
  • Menjimatkan masa tanpa perlu save contact untuk join group whatsapp
  • Tidak perlu approval dari admin untuk join dan tiada notification

Kekurangan – Semua Orang boleh join dan Spam Group Whatsapp Anda

Penyelesaian – Jangan risau, sebab anda boleh membatalkan link yang anda create bila-bila masa sahaja. Jadi Secara Automatik walaupun spammer klik untuk join tapi link terbatal.

 

Ini Langkah-langkah untuk anda bina Whatsapp Group Link Anda di Media Social.

  1. Create Group Whatsapp
  2. Klik Pada Group Info
  3. Add Participant
  4. Klik Invite to Group Via Link
  5. Copy Link – Bentuk Link seperti ni – https://chat.whatsapp.com/xxxxxxxxxxxxxxx
  6. Paste ke Laman Social Anda..

Lebih Detail Lihat Video dibawah

About the Author NazrinAmin

follow me on:

Leave a Comment: