Category Archives for Dropship Malaysia

Dropship Malaysia – Cara Bisnes Tanpa Modal Dengan Dropshipping

Dropship Malaysia - Cara Memulakan Perniagaan Dropship Hanya Dari Rumah

Dropship Malaysia – Cara Memulakan perniagaan dropship malaysia hanya dari rumah

Dropship merupakan salah satu cara perdagangan runcit yang hangat sedang trending di media social. Peruncit, pemasar atau ejen dropship akan memasarkan sesuatu produk yang disimpan oleh pembekal atau pengilang. Apabila produk tersebut dipesan atau dibayar, ejen dropship akan memaklumkan kepada pembekal dimana pembekal akan menghantar terus produk tersebut kepada pelangggan.

Ejen dropship kemudian akan dibayar oleh pembekal keatas keuntungan dalam bentuk komisen ataupun ejen dropship tersebut akan membayar kos produk kepada pembekal mengikut program yang telah ditetapkan.

Sila rujuk gambarajah dibawah : Bagaimana bisnes dropship boleh dimulakan dengan modal yang paling rendah

Sistem dropship dapat mengurangkan kos peruncitan dan semakin popular masakini. Platform dropship sangat famous dan ramai telah cuba menceburi untuk menjana lebih pendapatan.

Sebelum memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan dropship, anda harus memilih jenis produk yang dipromosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan berkembang, dan cara struktur perniagaan dari segi komisen dan cara yang boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar dropship ejen mereka komisen yang dijanjikan.

Program dropship pada ringkasnya adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan pihak ketiga menggunakan rangkaian internet atau cara pemasaran konvensional. Program-program dropship yang berada dipasaran kini kebanyakannya menjual E-Book seperti di clickbank.com, namun terdapat juga yang menjual produk khusus seperti fashion contohnya dropship.im , yosh.my, zawara.com dan produk pelbagai. Anda juga berpeluang dropship melalui Marketplace yang besar dan trending seperti di Aliexpress,Ebay dan lain-lain platform.

Lihat Website Syarikat yang anda boleh jalankan bisnes dropship di Malaysia Klik sini –> Dropship Company

Wujudkah Coach dan Program Pembelajaran Dropship Malaysia yang telah berjaya membantu pelajar menjana pendapatan lumayan di Malaysia?

Lihat Mereka yang menjalankan Dropship Malaysia yang berjaya dalam Course Shopievo Seni Bisnes Dropshipping Ecommerce Disini –> Lihat Bagaimana Student Dropship Ecommerce Shopievo Jana Sehingga 7 Angka USD

Kelebihan Perniagaan Dropship Malaysia :

Tidak memerlukan modal yang besar

– Penjual tidak perlu menyimpan inventori yang memerlukan belanja yang tinggi kerana biasanya pengilang hanya memberikan harga yang rendah apabila membeli secara pukal (kuantiti yang besar).Anda juga tidak perlu menyewa kedai atau gudang untuk menyimpan stok.

Mudah dan efisyen

– Oleh kerana anda tidak menyimpan stok, anda tidak perlu berasa terbeban untuk mengejar sasaran jualan. Anda juga boleh bermula secara kecil-kecilan pada masa lapang dan menimba pengalaman.
Boleh dijalankan di mana-mana sahaja – Dengan kemajuan teknologi Internet yang semakin pesat dan mudah dicapai, anda boleh melakukan pemasaran secara atas talian walaupun di mana sahaja anda berada.

Model

perniagaan yang telah terbukti – Model perniagaan dropshop ini bukan hanya digunakan di Malaysia tetapi juga popular di serata dunia termasuk di negara-negara maju.

Modal

– Menjadikan dropship salah satu platform terpantas untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan jaringan perniagaan anda didalam parameter yang selamat. Anda tidak perlu mengeluarkan modal sehingga ribuan ringgit untuk memulakan perniagaan. Cukup sekadar memiliki akaun jaringan sosial seperti instagram dan facebook. Jadi model perniagaan dropship adalah pilihan tepat untuk permulaan seseorang yang ingin memiliki perniagaan e-Commerce.

Risiko

– Anda juga tidak perlu menyimpan stok yang mana ia berisiko tinggi sekiranya produk anda tidak terjual dan harga jualan ditentukan oleh anda sendiri ke atas pembeli dan anda hanya perlu membayar kepada pembekal dengan harga yang lebih murah (agen) sebagaimana yang telah disepakati.

Fleksibel

– Perniagaan Dropship memungkinkan anda untuk berinteraksi dengan pelanggan dimana-mana sahaja. Dengan berbekalkan sambungan internet di peranti smartphone anda sudah boleh melakukan transaksi “jual-beli” antara anda, pelanggan dan pembekal

Pilihan Produk Yang Berbeza

– Oleh kerana perniagaan dropship tidak memerlukan anda membeli dan menyimpan stock (reseller) , anda bebas untuk menyenarai dan mempelbagaikan item/produk jualan seberapa banyak yang anda mahu tanpa pertambahan kos.

Dengan memiliki perniagaan dropship anda boleh mempelajari flow perniagaan dropship dan memudahkan anda membaca trending market pasaran semasa tidak kira samada dalam & luar negara.

Lihat Video Bagaimana anda boleh gunakan Platform Google untuk mendapatkan Data Customer anda(Customer Avatar Analysis) Klik Disini –> Ecommerce Trending Market Analysis

Kekurangan Perniagaan Dropship Malaysia :

Sudah semestinya apa sahaja jenis perniagaan ada kelebihan dan kekurangannya. Sama ada sesuatu itu mempengaruhi perjalanan perniagaan anda, itu adalah bergantung bagaimana anda mengendalikannya. Di antara kekurangan jenis perniagaan dropship adalah :-

Inventori Produk

– Oleh kerana anda tidak memiliki stok produk tersebut, sukar untuk anda untuk mengenalpasti apakah status inventori produk tersebut. Masalah akan timbul apabila pelanggan yang telah membeli produk daripada anda tetapi stok barang tersebut telah kehabisan di dalam simpanan pembekal. Urusan akan menjadi bertambah kerana anda perlu berurusan semula dengan pelanggan tersebut bagi tujuan pertukaran produk ataupun pembayaran semula nilai langganan (refund).

Proses Penghantaran

– Setiap pembekal mempunyai sistem dan cas penghantaran yang berbeza. Masalah akan timbul apabila pelanggan yang membeli 5 jenis barang yang datang daripada lebih daripada satu sumber pembekal. Pelanggan tersebut akan menerima kos penghantaran dan produk pada hari yang berbeza.

Kesilapan Pembekal

– Ini merupakan salah satu faktor yang terpenting di dalam senarai kekurangan jenis perniagaan dropship. Anda terpaksa untuk menerima kritikan dan bertanggung jawab di dalam setiap kesilapan yang dilakukan oleh pembekal anda. Kesillapan seperti kesalahan penghantaran, kualiti pembungkusan yang lemah, dan lain-lain sudah semestinya akan mempengaruhi masa depan perniagaan anda.

Tip Perniagaan Dropship Malaysia

Pilih Niche Market Dropship anda

Tips Dropship Malaysia 1 – Pilih Niche Market Dropship anda

Tips Dropship Malaysia 2 – Contact Trusted Supplier/ Owner Produk

Tips Dropship Malaysia 3 – Pilih produk dropship yang ada permintaan

Tips Dropship Malaysia 4 – Daftar Syarikat(SSM)

Tips Dropship Malaysia 5 – Marketing Platform Terbaik Utk Dropship

Tips Dropship Malaysia 6 – Database Pelanggan/Pembeli anda

Tips Dropship Malaysia 7 – Rinse and Repeat Proses Dropship

Pilih Niche Market Dropship anda

Pemilihan Niche dan Validation sangat penting sebelum anda memulakan penjualan produk yang anda dropship dari supplier,
Anda boleh pilih produk yang trending, berdasarkan positif review, atau berdasarkan passion anda.
Tetapi anda kene test dahulu sesuatu produk sebelum anda jual kepada pelanggan anda bagi memastikan kualiti dan mengelakkan dari
negative review pembeli anda.

sekiranya anda ingin jual produk berjenama pastikan anda mendapat keizinan dan hitam putih dari owner produk terlebih dahulu.
ini etika yang wajib anda alert sekiranya anda ingin stay lama dalam arena perniagaan.

Lihat Review Panduan Resaearch Produk Laku Keras disini –> Spyprofit

Contact Trusted Supplier/ Owner Produk

Setelah anda memilih niche dan produk yang sesuai dan telah memastikan
ianya mempunyai market besar untuk dipasarkan. anda perlu kuasai ilmu bagaimana untuk mendapatkan supplier yang trusted dan friendly.
Sekiranya supplier anda berada dalam negara ia memudahkan anda, tetapi melibatkan supplier dari oversea atau market international
anda perlu kenal n tau bagaimana untuk kenali mereka.

Anda boleh belajar secara lanjut disini Seni Bisnes Dropship Ecommerce

Anda perlu runding terlebih dahulu dengan pembekal atau supplier anda dan bertanyakan beberapa soalan
bagi memastikan proses perniagaan dropship malaysia anda berjalan dengan lancar tanpa gangguan dibahagian ini.Antaranya adalah

Tempoh masa penghantaran ke tangan pelanggan anda
Jenis Shipping yang mereka tawarkan? Contoh khidmat pos laju dalam malaysia sekiranya di international syarikat apa yang mereka gunakan?
Tracking Number dan sebagainya.
Kualiti barang, sekiranya rosak bagaimana untuk uruskan.Adakah ade refund polisi,
Ada jaminan wang dikembalikan?
Gambar atau video untuk pemasaran dibenar atau tidak

Sekiranya anda dah jelas dan clear semua proses dan anda cuba test order melalui supplier ini.
Anda boleh test order sbg customer lihat bagaimana status nanti sama tak seperti yang di bincang sebelum ini.

Pilih produk dropship yang ada permintaan

Daftar Syarikat(SSM)

Marketing Platform Terbaik Utk Dropship Malaysia

Database Pelanggan/Pembeli anda

Rinse and Repeat Proses Dropship

Tonton bagaimana student Shopievo Jana pendapatan 5 ke 7 Angka hanya melalui Dropship Lihat Proven Result Teknik Dropship Terbaru

Lihat Screenshot Testimoni Ecommerce Dropship dengan Shopievo

Belajar Teknik terbaru Dropship 2018 disini –> Dropship Teknik Terbaru