Category Archives for "sistem analisis peperiksaan"

1 SAPS Ibu Bapa

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan kemudahan terbaik untuk ibubapa menerusi zaman serba canggih ini. Dengan saps ibubapa ini membolehkan ibubapa dan guru serta murid berinteraksi 3 hala dengan saps ibubapa ini. sila baca sampai habis..

Apa itu SAPS?

SAPS dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menyelesaikan masalah pengendalian data. Dengan adanya sistem SAPS sebagai pusat pangkalan data, masalah boleh dikurang, contohnya insiden konflik data yang pernah berlaku suatu ketika dahulu di bahagian dalaman KPM boleh dielak.

cara membuat website

Kepentingan SAPS

Melalui satu sistem yang berpusat, beberapa pihak seperti KPM, JPN, PPD boleh bekerjasama dengan lebih berkesan. Penjimatan masa merupakan kebaikan utama menggunakan sistem atas talian. Guru-guru dan pihak sekolah tidak perlu lagi membuat analisis dan pengiraan secara manual dan menghantarkan maklumat melalui pos lagi. Pihak sekolah hanya perlu membekalkan data ke dalam sistem SAPS NKRA (https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php2) , hal ini telah memberi impak yang besar dengan meringankan beban guru-guru dan membolehkan guru-guru dapat memberikan fokus dalam pengajaran.
SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ) untuk memperbaiki cara pengajaran, seterusnya meningkatkan prestasi murid di sekolah tersebut.

Ibu bapa merupakan golongan kedua yang mendapat kebaikan sistem SAPS. Sistem SAPS IbuBapa (https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa27) membolehkan ibu bapa mengetahui keputusan dan markah peperiksaan anak-anak. Biarpun reka bentuk laman web tersebut tidak begitu senang untuk dipandang, namun kesenangan dan keringkasan penggunaannya masih boleh dikira baik. Dengan memasukkan nombor IC anak-anak, ibu bapa dapat mengetahui keputusan ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, ujian 2, peperiksaan akhir tahun dan percubaan UPSR,PT3 & SPM.

Terdapat penambahbaikan yang ketara pada sistem SAPS terutamanya pada kestabilan mengakses. Disebabkan sistem ini merupakan sistem yang menghubung rapat dengan sistem-sistem yang lain, kadang-kala pengguna perlu tunggu apabila kunjungan serentak ke laman web saps ibubapa dilakukan oleh ramai pengguna.

Bila SAPS IbuBapa Diperkenalkan?

Sistem semakan keputusan peperiksaan online telah diperkenalkan lebih dari 5 tahun. SAPS ibubapa dilancarkan sekitar tahun 2011 lagi. Namun sistem tersebut pada masa itu kurang stabil dan tidak begitu disambut baik pengguna akibat data murid masih tidak lengkap.

Baru-baru sistem semakan keputusan peperiksaan yang dinamakan SAPS Ibubapa ini mula mendapat perhatian dari pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid sendiri kerana dengan beberapa langkah sahaja mereka dapat melihat keputusan ujian dengan tepat. SAPS ibubapa juga dapat merekodkan KDT (kedudukan dalam tingkatan) dan KDT (kedudukan dalam kelas) bagi setiap ujian.

Dengan 4 langkah keputusan peperiksaan dapat dipaparkan dalam saps ibubapa.

  1. Masukkan IC murid
  2. Pilih Negeri dan nama sekolah, tekan semak
  3. Pilih tahun
  4. Klik pada ‘Papar Slip Keputusan’ atau Papar Markah Peperiksaan’

saps-ibu-bapa-keputusan-peperiksaan

Untuk mencetak, klik pada butang cetak yang berada di sebelah kiri atas muka surat keputusan.

Guru kelas telah diamanahkan memasukkan markah murid-murid selepas sesuatu ujian, contohnya selapas ujian satu, peperiksaan pertengahan tahun, ujian kedua, peperiksaan akhir tahun dan ujian percubaan UPSR/PT3/SPM. Selalunya pihak sekolah atau guru yang bertanggungjawab akan memberitahu murid dan murid kepada ibu bapa tarikh semakan keputusan dalam sistem online SAPS ibubapa.

Melalui SAPS Ibubapa, penjaga dan pihak sekolah dapat melihat prestasi murid dalam masa sepanjang tahun dengan lebih jelas. SAPS Ibubapa dikatakan telah menyebabkan tekanan kepada murid-murid sebab penjaga kini dapat ketahui keputusan peperikasaan anak-anak dengan menggerakkan hujung jari dengan teknologi internet.

6 Kebaikan Penggunaan SAPS IbuBapa

Ibu bapa selalu salah faham bahawa teknologi itu akan mendatangkan lebih banyak keburukan terhadap anak-anak. Tetapi mereka tidak sedar bahawa teknologi boleh membantu dalam perkembangan prestasi anak mereka. Salah satu usaha daripadanya ialah kewujudan sistem SAPS IbuBapa yang merupakan penyemak keputusan atas talian.

SAPS IbuBapa merupakan kaedah atau alat yang terkini diwujudkan bagi ibu bapa melihat keputusan peperiksaan sekolah anak mereka secara atas talian. Sistem ini berfungsi dengan mudah, ibu bapa boleh mendapat keputusan anak mereka hanya dengan mengisi nombor kad pengenalan anak. Sistem SAPS IbuBapa akan terus memaparkan keputusan peperiksaan tersebut serta merta untuk dirujuk.

Ramai ibu bapa berpendapat dimana kaedah ini adalah kurang hormat terhadap anak-anak. Anak mereka mungkin tidak mahu melihat keputusan peperiksaan mereka dipaparkan. Namun hal ini seharusnya tidak perlu dibimbang oleh ibu bapa. SAPS IbuBapa ini sebenarnya mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.

  1. Pemantauan prestasi anak-anak

    Kebaikan yang paling besar adanya sistem SAPS IbuBapa ini adalah bagi peluang ibu bapa mengikuti prestasi anak mereka. Ramai ibu bapa sebenarnya langsung tidak tahu keadaan anak mereka berada di sekolah. Mereka hanya sedar apabila diberitahu oleh guru mata pelajaran pada hari permuafakatan. Hal ini juga menyukarkan komunikasi dan kerjasama antara ibu bapa dengan guru, kerana ibu bapa tidak dapat mengikuti perkembangan pencapaian anak mereka dari semasa ke semasa.

Namun masalah ini dapat diselesaikan dengan wujudnya sistem SAPS IbuBapa. Ibu bapa diberi peluang mengikuti dan memantau prestasi anak mereka. Juga memudahkan sesi komunikasi ibu bapa dengan guru mata pelajaran tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Dengan ini, masalah pelajar dapat dikesan dengan mudah dan dapat diberi bantuan daripada dua pihak untuk menyelesaikannya.

  1. Kawalan terhadap setiap keputusan peperiksaan

    Seperti yang dimaklumkan, matlamat sistem saps ibubapa ini diwujud adalah untuk memudahkan ibu bapa melihat pencapaian peperiksaan anak mereka. Kewujudan sistem ini mungkin menimbul perasaan takut anak-anak, sebab risau prestasi di sekolah tidak mencapai permintaan ibu bapa. Sebelum ini, mereka akan cuba menyorokkan kertas ujian daripada ibu bapa jika mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Hal ini akan menyebabkan keputusan anak mereka semakin teruk kerana kurangnya kawalan ibu bapa. Dengan adanya SAPS IbuBapa, ibu bapa boleh mendapat tahu setiap keputusan peperiksaan.

SAPS IbuBapa boleh digunakan untuk menyemak keputusan pelajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, kecuali peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM. Dengan SAPS IbuBapa, ibu bapa boleh mengetahui pencapaian anak secara terperinci. Pencapaian pelajar akan dianalisis dan dipaparkan bersamaan dengan nilai gred purata, gred setiap subjek, kedudukan pencapaian dan sebagainya.

  1. Terlibat dalam perkembangan prestasi anak

    Selalunya pelajar akan menumpulkan perhatian dalam kelas semasa sesi pembelajaran. Tetapi ada masanya pelajar tidak dapat memahami dengan sepenuhnya apa yang diajar oleh guru. Jadi ibu bapa bermain peranan yang penting dalam membantu anak mereka dalam mengatasi masalah ini.

Dengan bantuan SAPS IbuBapa, kemerosotan pencapaian anak dapat dikenalpasti. Ibu bapa boleh menghubungi guru mata pelajaran tersebut untuk sama-sama membincangkan penyebab kemerosotan keputusan peperiksaan. Kerjasama antara ibu bapa dengan guru diperlukan untuk sama-sama menyelesaikan masalah anak mereka. Dengan ini, pelajar dapat mengharungi masalah tersebut dan meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.

  1. Kerjasama antara ibu bapa dan guru

    Dalam SAPS Ibubapa NKRA, terdapat satu fungsi yang dapat memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa boleh memberitahu guru mata pelajaran jika terdapat salah letak markah atau masalah-masalah yang lain. Hanya dengan meninggalkan komen, guru akan dapat lihat dan bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Apabila komunikasi antara ibu bapa dan guru menjadi lebih senang, hal ini dapat memudahkan banyak perkara. Dengan cara ini, ibu bapa tidak perlu sentiasa merisau tentang pembelajaran anak mereka. Guru akan membuat keputusan dan bertindak dengan sesuai dalam sesi pengajaran agar memuaskan hati ibu bapa.

  1. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan anak

    Satu fenomena yang selalu berlaku dalam setiap keluarga ialah, ibu bapa mahu anak-anak mengejar kerjayaan dalam sesuatu bidang tertentu. Hal ini akan memberi tekanan kepada anak-anak jika mereka ada fikiran yang lain. Sebagai contoh, ibu bapa inginkan anak menjadi seorang doktor, namun anak mereka lebih suka dalam bidang sastera. Jadi anak mereka terpaksa masuk ke aliran sains untuk memuaskan hati ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan keupayaan anak tersebut disekat dan menjejaskan prestasi pembelajaran.

SAPS IbuBapa boleh membantu ibu bapa dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka. Ibu bapa akan dapat tahu jika pencapaian anak mereka lebih bagus dalam sesetengah subjek. Pada masa yang sama, mereka tidak patut memaksa anak mereka mengambil subjek yang tidak mampu menangani. Ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mengenai impian anak mereka sendiri.

  1. Pelajar akan belajar lebih bersungguh-sungguh

    Ibu bapa harus ingat bahawa anak-anak akan belajar lebih bersungguh-sungguh, jika mereka tahu ibu bapa mereka menggunakan SAPS IbuBapa. Anak-anak tidak mahu keputusan mereka yang kurang memuaskan dilihat oleh ibu bapa. Untuk memastikan tidak mengecewakan hati ibu bapa, mereka akan lebih berusaha mengulang kaji pembelajaran.

Ibu bapa harus memberi ruang dan motivasi untuk anak-anak agar mereka tidak merasa tertekan. Dengan ini, mereka akan dapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang kerana tiada tekanan yang pengaruhi mereka.

Kelebihan SAPS kepada ibu bapa dan guru

Dengan kelebihan teknologi jalur lebar, murid-murid tidak berdaya lagi untuk menipu markah peperiksaan dengan mengubah markah ujian mereka pada slip atau buku keputusan. Namun ia bukannya kelebihan atau tujuan utama SAPS ini diperkenalkan. Sebenarnya SAPS telah mula berfungsi lebih dari 5 tahun bagi kebanyakan ibu bapa yang baru menyedari kewujudan aplikasi online ini mulai tahun 2017. Tahun 2017 makin menampakkan populariti aplikasi SAPS sebab KPM menugaskan pihak sekolah dan guru kelas mengemaskini data murid di SAPS agar murid serta ibu bapa boleh mengetahui keputusan ujian dengan internet selepas pemarkahan siap. Aplikasi yang diwar-warkan ini telah mendatangkan beberapa kebaikan yang ketara kepada ibu bapa, guru dan murid-murid itu sendiri.

Kelebihan aplikasi SAPS kepada ibu bapa

Ibu bapa boleh mengetahui perkembangan pembelajaran murid dengan menyemak markah peperiksaan anak-anak di sekolah. Biarpun peperiksaan hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti akan prestasi seseorang murid, namun penelitian yang kerap terhadap markah seorang murid sememangnya suatu cara yang berkesan untuk mengetahui tingkah laku murid tersebut.

Dengan kewujudan SAPS Ibubapa, penjaga bukan sahaja boleh membuat semakan online dengan kerap, malah mereka dapat membuat analisis dengan melihat kepada markah ujian-ujian yang lepas sepanjang tahun. Ibu bapa boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak dengan merujuk kepada subjek-subjek yang mendapatkan markah yang rendah, lalu dapat mengenalpasti manakah subjek yang perlu diberikan tumpuan yang lebih.

Kelebihan aplikasi SAPS NKRA kepada guru

Guru kelas yang ditugaskan untuk memasukkan data diharapkan sabar dengan rutin yang katakan ‘extra work’ ini. Bagi guru-guru yang tidak begitu mahir komputer, kerja-kerja yang berkaitan dengan sistem-sistem atas talian ini mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan sistem yang direka pihak kerajaan ini selalunya tidak begitu mesra pengguna.

Guru-guru perlu menyedari suatu hakikat iaitu bidang pengajaran perlu juga ada elemen inovasi, agar generasi yang lebih cemerlang dapat dilahirkan. Segala usaha yang berkaitan dengan penggunaan ICT selama ini adalah untuk menambah baik proses pengajaran. Dengan adanya sistem yang tersusun, barulah tenaga pengajar tidak akan tenggelam mengendalikan kerja-kerja menyediakan dokumen, sebaliknya boleh fokus dalam meningkatkan mutu pengajaran.

Selain kebaikan SAPS ini sebagai alat memudahkan penghantaran maklumat digital, SAPS juga membolehkan guru-guru membuat analisis peperiksaan dengan lebih berkesan. Guru-guru hanya perlu memasukkan markah ke dalam sistem. Analisis bukan sahaja boleh dibuat mengikut markah setiap subjek, malah guru boleh melihat secara menyeluruh prestasi sepanjang tahun atau prestasi sepanjang pertengahan tahun. Ini amatlah berguna bagi seorang guru subjek untuk mengetahui tahap penguasaan murid tertentu dan dapat memberikan komen yang berkesan apabila bertemu dengan ibu bapa tersebut. Tidak seperti yang dahulu, ibu bapa menghadiri hari pengambilan buku keputusan dan guru kelas hanya mengulas sepatah dua kata kepada mereka sahaja. Data dari SAPS ini mampu memberikan sesuatu secara tepat dan menyeluruh untuk mengetahui tahap pencapaian seorang murid.

Dua sistem yang disediakan oleh KPM ini perlu dihargai ibu bapa dan guru, kerana kemudahan ini membuka jalan kepada penambahbaikan kualiti pengajaran, sama ada di peringkat sekolah atau di rumah.

Lihat

1 UPDATED 2017 SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Adakah Anda Tahu Apa Itu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)?

SAPS ibu bapa merupakan analisis peperiksaan sekolah yang dibangunkan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan murid di sekolah.

Sistem ini dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Dengan adanya sistem SAPS, ianya akan memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka hanya memasuki laman web offical saps.

<img src=”http://provit.my/wp-content/uploads/2017/12/SAPS_Ibu_Bapa_Sistem_Analisis_Peperiksaan_Sekolah_saps_guru-300×134.png” alt=”saps ibu bapa” width=”300″ height=”134″ class=”alignnone size-medium wp-image-1431″ />
Sistem semakan SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Cara Menggunakan SAPS

Panduan Guru

<img src=”http://provit.my/wp-content/uploads/2017/12/SAPS_Ibu_Bapa_Sistem_Analisis_Peperiksaan_Sekolah_Update-300×173.jpg” alt=”saps guru” width=”300″ height=”173″ class=”alignnone size-medium wp-image-1433″ />

Buka laman SAPS yang utama – KLIK SINI
Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
Masukkan ID Pengguna
Masukkan kata laluan
Klik log in
Halaman seterusnya akan dipaparkan

cara membuat website

Panduan Ibu Bapa

<img src=”http://provit.my/wp-content/uploads/2017/12/SAPS_Ibu_Bapa_Sistem_Analisis_Peperiksaan_Sekolah_saps_ibu_bapa-300×203.png” alt=”saps ibu bapa” width=”300″ height=”203″ class=”alignnone size-medium wp-image-1432″ />

1. Taip “SAPS” di google search – KLIK SINI
2. Pilih semakan ibu bapa
3. Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
4. Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
5. Pilih tahun
6. Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
7. Pilih pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
8. Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan

Kelebihan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS

Antara kelebihannya ialah prestasi pelajar/murid sekolah dapat diikuti tanpa mengira kawasan sekolah. Dengan mengisi markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini dapat mengukur pencapaian sesuatu ujian dan dapat mengesan kelemahan murid kerana saps dapat mengeluarkan data yang telah dianalisis.

Data juga senang diperolehi kerana semua guru matapelajaran akan memasukkan markah dalam sistem. Oleh yang demikian guru kelas tidak perlu untuk menagih markah daripada semua guru. Guru kelas hanya meminta guru matapelajaran mengisi markah ke dalam SAPS sebelum keputusan dianalisis secara automatik.

Guru kelas juga tidak perlu untuk analisis markah secara manual kerana segala data akan di proses oleh sistem. Ini sangat memudahkan kerja guru kelas. Guru kelas hanya perlu proses markah murid dan keputusan akan diperolehi terus.

Daripada peringkat atasan samada sekolah, PPD, JPN dan KPM boleh terus melihat prestasi sesebuah sekolah dengan hanya membuka sistem ini. Pihak atasan tidak perlu lagi untuk menagih keputusan kerana semuanya telah terkandung di dalam sistem. Ibu bapa juga boleh menyemak markah di SAPS tanpa perlu pergi ke sekolah.

Kelemahan Sistem Analisis Peperiksaan SAPS

Sistem ini juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan “CRASH” atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem ini. Kelemahan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.

Selain itu, bagi sekolah yang berada jauh di pedalaman akan mengalami masalah untuk mengisi markah dalam sistem ini. Mereka terpaksa keluar mencari line internet untuk mengisi markah. Hal ini akan menjadi semakin parah sekiranya berlaku kesesakan trafik kerana semua guru membuka sistem ini.

Sekiranya seorang guru tidak mengisi markah dalam sistem ini, markah tidak dapat diproses. Oleh yang demikian, keputusan jga tidak dapat diperolehi. Guru kelas terpaksa sentiasa meminta guru mata pelajaran mengisi markah. Mendatangkan masalah lagi jika terdapat guru yang buta IT yang tidak tahu menggunkan sistem ini. Sekiranya berlaku, guru lain terpaksa membantu bagi mempercepatkan proses kemaskini markah dalam sistem.

Sebelum ini, admin ada menulis artikel mengenai masalah guru-guru untuk mengisi dalam sistem yang mendapat komen daripada guru-guru.

Download Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Versi Mobile

Anda boleh download disini <a href=”https://play.google.com/store/apps/details?id=saps.sapsibubapa.sapssemakanibubapa&hl=ms”>Sistem Analisis Peperiksaan Version Mobile</a>

Kesimpulan

Sistem yang dibangunkan oleh KPM ini sebenarnya adalah untuk membantu guru. Namun yang demikian, setiap sistem ada kebaikan dan kelemahan. Sekiranya ada kelemahan pihak yang bertanggungjawab harus mencari jalan penyelesaian bagi memastikan sistem ini benar-benar membantu guru. Apakah pendapat anda di luar sana?

Sumber : Sistem Guru Online

Anak Malas Belajar & Prestasi Menurun? Klik Sini Untuk Atasi Segera

Tambah Pendapatan anda melalui Ecommerce Course Shopievo 2.0 Lihat disini