Idea Perniagaan Dari Rumah

Shares
Idea Perniagaan dari Rumah 2018

Jom saya kongsikan bagaimana mendapatkan idea perniagaan dari rumah.

Sebelum itu satu soalan yang saya nak tanya anda? Adakah mudah untuk memulakan perniagaan sambilan dari rumah?

Sudah tentunya bukan mudah untuk bermula sekiranya anda seorang newbie dalam arena bisnes dan cuba untuk membuka layar perniagaan anda. Part yang paling susah adalah mendapatkan idea perniagaan dari rumah ini sebenarnya bermula dengan kehendak sendiri yang mahu bermula berniaga secara kecil-kecilan.

Menjalankan perniagaan dari rumah bukan mudah seperti difikirkan oleh sesetengah orang
dan ia juga merupakan idaman semua orang. Mungkin anda terfikir bila menjalankan perniagaan dari rumah
anda boleh mempunyai masa untuk perniagaan lebih fleksibel dan banyak masa boleh bersama dengan keluarga tersayang.

Bagi saya ianya kurang tepat sekiranya anda tiada sistem n flow funnel perniagaan yang mampu menjadikan perniagaan
anda secara automatik/autopilot.

Kebanyakan sekarang banyak menggunakan Whatsapp sebagai platform untuk mendapatkan jualan tidak kira dalam apa jua market perniagaan sekalipun.
Bila dilihat disekeliling kebanyakan mereka yang berniaga sekarang lebih banyak masa diluangkan bersama smartphone dan bila bercakap pon mata kearah smartphone
akibat melayan kerenah pelanggan di whatsapp.

Sebelum kita melanjutkan tajuk Idea perniagaan dari rumah.

Zaman sekarang merupakan zaman penuh dengan pelbagai teknologi yang membantu memudahkan segala urusan perniagaan anda.
Anda boleh lakukan perniagaan dari rumah secara sambilan atau full time bergantung kepada sejauh mana besar market pasaran bisnes anda.
Akibat desakan ekonomi yang makin merunsingkan dan pendapatan yang sedia ada yang tidak mampu menyokong kadar kenaikan barang dan kos sara hidup.

Maka kita boleh lihat ramai yang melakukan perniagaan dari rumah atau parttime bisnes.

Senarai Idea Perniagaan dari rumah yang anda boleh lakukan sekarang adalah :

Bisnes Dropship Malaysia
Dropship merupakan perniagaan yang sangat popular pada hari ini dimana ramai yang telah berjaya meraih pendapatan
dari 3 angka ke 5 angka sebulan dengan hanya menjual produk orang lain tanpa memegang sendiri produk
walaupun ramai yang melakukan perniagaan dropship dari rumah, tapi anda perlukan guide dan bimbingan untuk berjaya dengan perniagaan dropship di malaysia atau di market antarabangsa.

Dapatkan bimbingan dari Pakar Dropship Lokal & International yang menjana lebih 6 Angka Disini –> Jana Pendapatan Melalui Dropship Malaysia

Lihat 28 List dan Syarikat yang menawarkan program Dropship yang anda boleh pilih dan buat survey –> Dropship Company

# 1 – AliExpress.com – Salah satu daripada yang terbaik di luar sana. Kelemahan, kadangkala penghantaran mengambil masa yang lama.

# 2 – DX.com – juga dikenali sebagai Deal Extreme telah wujud selama bertahun-tahun dan mempunyai beberapa produk yang luar biasa yang anda boleh jual dengan margin yang besar.

# 3 – WholesaleCentral.com – Salah satu senarai yang paling komprehensi dan juga percuma🙂

# 4 – FragranceNet – Ini adalah sumber yang besar jika anda sedang mencari untuk menjual minyak wangi dan wangian.

# 5 – Vitabase – satu sumber yang besar untuk membekalkan vitamin untuk produk kulit, kesihatan dan kecantikan.

# 6 – DressLink.com – satu sumber yang besar jika anda merancang untuk menjual pakaian dengan margin yang besar.

# 7 – Tiny Deal – sama seperti DX tetapi anda boleh mencari produk-produk unik juga.

# 8 – Milanoo – pembekal besar pakaian perkahwinan, pakaian prom dan juga cosplay.

# 9 – Dino Direct – Satu lagi sumber hebat bagi produk elektronik.

# 10 – DHgate – Sama dengan banyak pembekal Cina yang lain juga menawarkan tawaran yang menarik.

# 11 – Tmart – Satu lagi sumber yang besar untuk gadget dan hadiah.

# 12 – Geek Buying – Satu sumber yang besar bagi gadget dan teknologi.

# 13 – Lovely Wholesale – Satu sumber hebat untuk mencari pakaian yang unik dan reka bentuk fesyen.

# 14 – China Vision – Satu sumber bagus untuk elektronik murah dan gadget

# 15 – Hinky Import – barang kemas Tibet dan produk Buddha.

# 16 – Focal Price – Laman web ini telah wujud untuk masa yang lama dan bagus untuk gadget dan hadiah.

# 17 – Sammy Dress – Salah satu pembekal dropship untuk pakaian unik dengan grafik HD.

# 18 – Rose Beading – Satu sumber yang besar untuk produk pembuatan barang kemas.

# 19 – Buy Fengshui – Pelbagai produk Fengshui disediakan untuk penghantaran dropship.

# 20 – Born Pretty – Satu sumber yang besar untuk menjual produk kecantikan dan kuku .

# 21 – Au Fragrance Of Paris – produk wangian

# 22 – Honest Green – pembekal produk tenaga hijau dan solar.

# 23 – Complete Medical – lebih 12,000 produk perubatan.

# 24 – Cutting Edge Products – Pelbagai jenis produk pertahanan keselamatan rumah dan diri sendiri.

# 25 – First Aid Product -pembekal alat survival, pertolongan cemas dan kit bantuan bencana.

# 26 – Majalah.com Lokal Dropship Pelbagai

# 27 – Kumoten – Kumoten adalah salah satu dropshipper yang pesat berkembang dan terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara.

# 28 – Yosh.my – Program Jana Wang Dengan Menjual Produk Secara Dropship

Bisnes Affiliate

Affiliate juga adalah salah satu peluang untuk berniaga di rumah. Affiliate menerima komisyen berdasarkan jualan yang dibuat. Komisyen ini biasanya telah ditetapkan oleh pemilik produk. Terdapat banyak program affiliate yang boleh disertai sama ada affiliate produk fizikal ataupun affiliate produk digital seperti ebook.
Untuk pengetahuan anda affiliate marketing di Malaysia lebih menonjol kepada produk Digital dimana kebanyakan owner produk menawarkan sehingga 50% komisen untuk 1 unit yang terjual melalui link affiliate anda.

Bisnes Service berdasarkan kemahiran yang ada

Sebenarnya peluang dizaman moden ini sangat luas dan banyak anda boleh ceburi. Zaman sekarang ramai yang menjalankan dan menawarkan servis berdasarkan kemahiran yang ada di market oversea sebagai contoh anda boleh lihat di laman sesawang Freelancer.com dan juga Upwork.com ramai dari Malaysia yang sertai dalam platform ni untuk mendapatkan job yang dibayar secara USD. Bukan sahaja dari US malah mereka-mereka dari negara-negara lain yang berdaftar di web ini menyediakan job yang mahal dibayar terus ke akaun Paypal anda.

Bisnes Borong Barang dari China

Ini sebanarnya lubuk bisnes yang ramai belum dedahkan kepada umum dimana kebanyakan produk yang terdapat di pasaran malaysia kebanyakannya merupakan import dari China. Kebanyakan seller yang menjual produk dari china selalu mendapat produk yang rare dan unik. pelbagai jenis barangan dari china anda boleh dapat dengan harga borong dan sangat-sangat murah. Anda boleh jual dengan mudah sekiranya tiada pesaing yang ramai. Ini merupakan idea perniagaan dari rumah yang sangat famous dan ramai meniaga barang dari china secara underground.

Part yang paling mencabar dalam bisnes ni adalah susah untuk research mana produk hot yang bakal mendapat permintaan tinggi di Market Malaysia atau International nnti.

Untuk mendapatkan produk yang laku keras anda perlu mahir melakukan research dan validate produk samada mempunyai permintaan dalam pasaran malaysia atau international. Belajar disini bagaimana cara sebenar research produk hot

Itu sahaja perkongsian ikhlas dari saya, hanya untuk membantu anda yang betul-betul memerlukan idea perniagaan dari rumah. Saya mintak perkongsian saya yang Freemium ini anda kongsikan juga kepada rakan-rakan anda yang lain agar mereka juga dapat manfaat ilmu seperti anda.

Saya harapkan sebagai tanda penghargaan perkongsian ini, saya mintak anda boleh tinggalkan komen di bawah.
Anda boleh mencadangkan idea perniagaan dari rumah yang lain sebagai tambahan bg melengkapkan artikel ini.

Saya sangat alu-alukan anda komen dibawah. Sila Share Artikel ini jika bermanfaat

Summary
Idea Perniagaan Dari Rumah
Article Name
Idea Perniagaan Dari Rumah
Description
Rahsia Idea Perniagaan Dari Rumah yang anda boleh lakukan untuk membantu menambah pendapatan anda pada tahun 2017/2018 mengikut trending perniagaan terkini
Author
Publisher Name
Nazrin Amin Internet Academy
Publisher Logo

About the Author NazrinAmin

follow me on:

Leave a Comment: