Cara Buat Blog/Website (Panduan Lengkap WordPress 2022

Dalam artikel ini akan dikongsikan panduan berkaitan cara membuat website. Bagi anda yang masih lagi mencari-cari panduan untuk membuat website, anda dah boleh hentikan pencarian anda di halaman ini dan hadam betul-betul untuk pastikan anda dapat membuat website anda sendiri.

Dalam artikel ini, akan dikongsikan bagaimana cara membuat website menggunakan platform WordPress ye.

Okay jom kita mulakan dengan langkah pertama bagi panduan cara membuat website yang mudah dengan menggunakan platform WordPress ialah dengan mendapatkan domain anda.

 

Apa yang Anda Perlukan Untuk Membuat Website?

Domain name – anda perlukan nama bagi website anda seperti contoh youtube.com, google.com & facebook.com
Langganan Hosting – disini semua file bagi website anda akan disimpan
Membaca artikel ini – ya dengan membaca artikel “Cara Membuat Website” ini, anda akan lebih memahami proses untuk membina website